Survey

Perlukah penggunaan Social Media dikawal di pejabat?
 


HCM Group
Home arrow Our KM arrow KM Pledge
 
KM Pledge PDF Print E-mail
Written by KM Admin   
SUMPAH PENGURUSAN ILMU HCM / ROADCARE

“Kami berhasrat untuk mempertahankan dan mengembangkan kepentingan, marwah dan reputasi syarikat kami dan kakitangannya dari perspektif pelanggan, rakan-kongsi dan pesaing.  Tanpa mengira jawatan, pangkat, jabatan, jantina, bangsa, warna kulit atau di mana jua mereka ditempatkan di dunia ini, kami pastikan mereka akan dapat berfungsi dan berkembang sebagai warga HCM/Roadcare yang utuh.

Syarikat-syarikat bumiputera dan syarikat-syarikat lain dari negara sedang membangun mempunyai hak yang sama untuk membangun, bersaing, dan member sumbangan berbanding syarikat-syarikat dari negara maju.

Kami adalah satu syarikat satu pasukan yang telah digerakkan.  Menjelang 2011, HCM / Roadcare akan bangkit mengikut kemampuan sebenar kami, menuntut tempat yang selayaknya sebagai sebuah gergasi di antara syarikat-syarikat berteraskan ilmu pengetahuan.  Cekap berhadapan dengan globalisasi, liberalisasi dan persaingan, kami mencapai tempat yang sewajarnya dalam peta dunia.

Kami telah membulatkan tekad tentang ”destiny” terakhir kami.  Tiada satu pun di dunia ini akan membuatkan kami berundur ke belakang.  Soalan nombor satu kami ialah; “Bagaimana dapat kami member sumbangan yang penuh bermakna?”  Justeru, kami akan berganding bahu berpadu fikiran, hati, keringat dan jiwa untuk sampai ke sana (KBO2011).”