|
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca KM Portal ini...... Saya Ainun Jariah dari Bahagian Sumber Manusia KPS-HCM ingin berkongsi dengan anda tentang artikel bertajuk ‘Rahsia di Sebalik Tulisan Anda’ seperti yang telah saya baca di internet baru-baru ini. Pada mulanya saya juga berasa hairan dan pelik, bagaimana dari segi tulisan yang dihasilkan dapat dihuraikan kepada gambaran personaliti seseorang. Tetapi apabila ianya seperti ada kaitannya dengan diri saya, jadi saya ingin kongsikan ianya bersama anda semua.. Di sini saya senaraikan beberapa jenis tulisan dan makna di sebaliknya 1. TEKANAN - Tekanan yang kuat iaitu seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Ciri-ciri : Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif - Tekanan yang ringan iaitu seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Ciri-ciri : Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
2. BENTUK TULISAN - Tulisan yang bulat-bulat.
Ciri-ciri : Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
- Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.
Ciri-ciri : Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
3. KECONDONGAN - Condong ke kanan.
Ciri-ciri : Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
- Condong ke kiri.
Ciri-ciri : Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
4. TEGAK Ciri-ciri : Sistematik, berdisiplin, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah 5. CAMPUR-CAMPUR Ciri-ciri : Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf) 6. KERAPATAN - Jarang-jarang.
Ciri-ciri : Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
- rapat-rapat.
Ciri-ciri : Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
7. PADA HURUF J, G, Y, Z1 - ada ekori besar, panjang dan sempurna
Ciri-ciri : Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinanii
- kecil, pendek dan tak sempurna.
Ciri-ciri : Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
8. PADA PALANG HURUF KECIL T (t) - tinggi.
Ciri-ciri : Tahap aspirasi tinggi
- rendah.
Ciri-ciri : Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
- tengah-tengah
Ciri-ciri : Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Semoga apa yang disenaraikan dalam artikel ini dapat dikongsikan bersama-sama. Walaubagaimanapun, perbuatan seperti ini kadangkala berlaku secara kebetulan sahaja ataupun seseorang itu lebih selesa menggunakan gaya tulisan seperti yang mereka sedang gunakan sekarang. Atau mungkin juga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada anda semua termasuk saya sendiri untuk mengetahui pesonaliti diri sendiri dalam membantu membentuk diri ke arah masa depan yang lebih balik. Sekian. Comments (1) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 1901 |