|
Written by Emi Nurin Zaidi
|
|
Rabu, 1hb September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1341H – Semua kakitangan Roadcare Kota Bharu berkumpul untuk sama-sama mendengar tazkirah yang bertajuk ”Pengisian Ibadah dalam Bulan Ramadhan” yang disampaikan oleh Ustaz Mat Saman Bin Hamat daripada Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia. Comments (1) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 53 |
|
Read more...
|
|
|
Written by Emi Nurin Zaidi
|
|
19 Ogos 2010 bersamaan 9 Ramadhan 1431H, Khamis – Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan bertempat di Bengkel Roadcare, Kampung Dendang, Ketereh, Kelantan. Majlis itu berjalan dengan lancar walaupun sedikit gerimis pada hari tersebut. Tetamu mulai datang pada jam 5.30 petang termasuk 50 orang anak-anak yatim yang di raikan. Comments (1) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 167 |
|
Read more...
|
| |
|
|
Written by Emi Nurin Zaidi
|
|
8 Ogos 2010, Ahad : Satu aktiviti gotong royong membersihkan halaman pejabat telah dilakukan di Pejabat Roadcare Kota Bharu yang diketuai oleh Encik Sidek Ghani. Aktiviti yang disertai oleh semua kakitangan Roadcare Kota Bharu telah berjalan dengan lancarnya. Program tersebut dimulai dengan mensyuarat bersama En Zoolamali, Pengurus Kawasan Kota Bharu untuk memberitahu perjalanan kerja-kerja membersihkan kawasan sekitar pejabat. Di dalam mesyuarat tersebut Pengurus Kawasan selaku Pemangku sementara Pengurus Wilayah turut memberi kata-kata semangat di atas beberapa perubahan yang baik terhadap kerja-kerja operasi dan berharap agar kakitangan mengekalkan prestasi ini dan meningkatkan prestasi yang boleh membanggakan syarikat. 
Comments (3) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 184 |
|
Read more...
|
|
|
Written by Emi Nurin Zaidi
|
|
29 Julai 2010 – 30 Julai 2010, Khamis dan Jumaat : Satu Program Motivasi Jatidiri Kakitangan Roadcare Kelantan telah dianjurkan bertempat di Sri Pantai Resort, Melawi dan dihadiri oleh semua warga Roadcare Kelantan. Pendaftaran bermula jam 4 petang dan setiap kakitangan diberikan bilik masing-masing mengikut penempatan yang telah disenaraikan. Tujuan program ini dianjurkan kerana ingin merapatkan ukhwah sesama kakitangan di samping membina jatidiri seorang yang mempunyai sifat jujur, amanah, ikhlas, berdoa dan beribadah seiring dengan saranan Tuan Hj. Mhd Najili Sojo, Ketua Pengarah Operasi yang mana mahukan setiap kakitangannya menyemai sifat-sifat tersebut di dalam diri. 
Comments (3) | Add as favourites (0) | Quote this article on your site | Views: 197 |
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 15 of 36 |